Monday, 10 February 2014

Uqasha Akui Dah Putus, Pekin Nafi…Mana Satu Betul?


RASANYA mereka ini merupakan pasangan yang paling kuat ‘drama’ percintaannya.

Jika sebelum ini, hubungan mereka pernah berantakan disebabkan masalah salah faham hubungan mesra di antara Uqasha Senrose dengan Sharnaaz Ahmad, kali ini Uqasha mengakui dia sudah pun putus dengan kekasih hatinya, Pekin Ibrahim.

Uqasha juga mengakui segala perancangan yang dibina untuk mendirikan rumahtangga dengan Pekin berkubur begitu sahaja selepas aktor itu meminta putus daripadanya pada 3 Februari lalu.

Menurut kenyataan Uqasha yang dipetik menerusi Bipop hari ini, punca utama yang menyebabkan perpisahan mereka ialah kerana tiadanya persefahaman di antara mereka berdua.

“Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri kepadanya.

“Hasrat kami untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini juga nampaknya takkan jadi kenyataan,” ujar pelakon berusia 22 tahun ini.

Dalam pada Uqasha mengakui mereka sudah putus cinta, Pekin pula menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hubungan mereka masih lagi baik dan urusan menjelang hari perkahwinan mereka juga masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Hubungan kami masih ok. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus.

“Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum dapat ditetapkan,” katanya.

Hai, seorang cakap dah putus, seorang lagi menafikan pula.

Macam-macam hal..

Diharapkan pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan sebaiknya.

Pastinya hubungan mereka yang penuh ‘pancaroba’ ini akan juga dapat disatukan kelak, sekiranya memang kuat jodoh di antara pasangan ini.

No comments:

Post a Comment