Sunday 30 June 2013

"DEEP WEB" apakah deep web #info

Kali ini admin nak post pasal bahagian terdalam internet, atau biasa disebut "DEEP WEB"...deep web?? abende tuu??..


haaa "Deep Web" atau nama lainnya "Secret Internet" hanya dapat diakses melalui connection yang betul-betul aman melalui jaringan connection "TOR". tanpa jaringan itu connection kita dapat di"detect" oleh orang jahat yang ada disana dan mungkin identiti asli kita sebagai user baru akan dicuri dan disalah gunakan....huuii...bahaya..bahaya..

syarat nak jadi pegawai tentera darat diraja malaysia #info



SYARAT KELAYAKAN AM

fakta menarik adolf hitler #info

siapa tak kenal adolf hitler memang menipu...dialah raja perang dulu-dulu
so admin ada jumpa fakta pasal beliau...jom baca fakta mengenai hitler ni..

1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.
            

gambar ladang kelapa sawit terbakar di sumatra Indonesia #info

Ini ialah gambar kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Sumatera Indonesia. Inilah punca jerebu teruk yang melanda negara minggu lalu. Seperti di Malaysia beberapa bandar utama Sumatera juga dilanda jerebu dan solat hajat dilakukan bagi meminta hujan dari Allah. serius memang menakutkan

     

        

GEMPAK : ROLLER COASTER PALING BANYAK LOOP

Alton Towers telah mengeluarkan gambar-gambar Roller Coaster yang memiliki 14 loop raksasa dengan harga 18 juta euro...

Dengan ketinggian 98 kaki dan kelajuan maksimum 53mph, efek psikologi roller coaster ini akan mengaburkan batas antara ilusi dan nyata, menurut pereka benda ni laa..


Tercatat di Guinness Book of Records sebagai Roller Coaster yang memiliki loop terbanyak dan terbesar di dunia, mengalahkan Colossus dengan 10 loop di Thorpe Park, Surrey dan 10 loop lainnya di China.

       

Saturday 29 June 2013

rahsia yang hanya 2 orang kat dunia ni sahaja tahu #info

Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang. Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini.
Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi?area 51?
Tidak.
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin korang selalu makan.

apa no plat selepas wyy 9999? #info

                                
PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan berikutan penamatan siri "WYY" tidak lama lagi.

kenapa sony ericsson jadi sony?? #info




Sony Ericsson akan ditukar namanya kepada nama Sony sahaja kerana Sony Mobile Communication telah mengambil alih sepenuhnya operasi Sony Ericsson iaitu jenama pengeluar berbagai model telefon pintar seperti Sony Xperia Arc juga Sony Xperia Mini. Tidak lama lagi logo hijau bulat comel-comel yang sudah lama menjadi lambang jenama Sony Ericsson akan dimansuhkan. 

GEMPAK : Proton Satria Neo S2000 rally spec

                           
  

proton Satria Neo S2000 Rally Spec

Oleh kerana Proton Satria Neo S2000 juga telah mengharumkan nama negara untuk kejohanan International Rally 2011, maka admin bawakan khas bagaimana rupabentuk kereta Satria Neo Super 2000 Rally Spec yang dibina khas oleh pasukan R&D Proton R3.

adakah makkah sebenarnya pusat bumi? #info

Makkah tempat di mana umat Islam melaksanakan haji itu terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahwa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air (samudera yang sangat luas).
Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magma dalam jumlah besar yang membentuk ‘bukit’. Dan bukit ini adalah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikannya lantai dari Ka’bah (kiblat). Batu basal Makkah dibuktikan oleh suatu studi ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.
Jika demikian, ini bererti bahwa Allah terus-menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi, ini adalah tempat yang paling tua di dunia.

kenapa doktor bedah pakai baju hijau? #info

Tahukah Anda ??
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

15 virus komputer paling berpengaruh dalam sejarah #info


                      

Perusahaan keamanan komputer Kaspersky Lab, dalam ulang tahunnya yang ke-15, mengingatkan kembali mengenai 15 virus komputer paling berbahaya dan kompleks yang telah menyerang jaringan komputer di dunia.

Berikut 15 virus berbahaya paling berpengaruh dalam sejarah :

patung sedih dalam hutan yang menyeramkan

Cardiff, seorang pereka arca telah mencipta satu karya dengan menamakannya 'Weeping Girls'. Ia bertemakan kesedihan gadis dalam versi yang menyeramkan. Ok, kalau camping malam-malam mesti best dalam hutan nih...tambah lagi kalau jumpa

Friday 28 June 2013

GEMPAK : Polis United Kingdom Pun Pakai Proton




Kalau cakap kereta Proton sure akan keluar isu tak bagus,kereta hampehlaaa,body tin susu la,tin milolaa,tak boleh blaa arr dan macam-macam lagi benda negatif dari positif yang kita dengar pasal kereta proton ni.Buruk-buruk pun ramai aje orang yang pakai.Sebab murah.Tapi dekat sebuah bandar di Humberside UK, kereta Proton digunakan oleh polis disana...tengok proton bukan calang-calang punya kereta tau kalau korang tengok gambar-gambar dibawah ini mereka menggunakan model Proton Impian iaitu Waja dan Proton Pesona. jom tengok gambar kat bawah ni hah..memang cukup membanggakan buat anak Malaysia..MALAYSIA BOLEH


SERIUS : kesan buruk tutup komputer tanpa shutdown dan penyelesaiannya

Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa tekan butang Shut Down atau Turn Off terlebih dahulu kann???...haaa kompem mesti ada punyalaa.... ni kerana disebabkan malas hendak menunggu proses shut down yang agak mengambil masa.....Tetapi tahukah korang, ada kesan buruk jika tutup komputer/laptop tanpa shutdown.....Mari baca info ni antara kesan buruknya....

Thursday 27 June 2013

INFO : Tanda-tanda akhir zaman mengikut urutan


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

KISAH SEORANG ANAK TINGGALKAN SESUATU UNTUK IBUBAPANYA SEBELUM MENINGGAL #info

                              

kisah dibawah ni admin share jee...oke ceritanya macam ni 

Apakah perasaan ketika membayangkan bila kita menjadi orang tua dari gadis cilik yang baru berusia 6 tahun bernama Elena Desserich, yang telah disahkan terkena kanser otak sejak usia 5 tahun.

SERIUS : Ngeri!! kilang memproses manusia

                          mayat


admin nak share pasal kilang memproses manusia??..betul ke??..macam patung jee..ntah arr
Perkara seperti ini sudah lama berlaku beberapa tahun dahulu, mungkin ramai yang sudah tahu hal ini. Saya dapat email berantai dari email ke email.

Wednesday 26 June 2013

INFO : masalah popular komputer dan sebabnya

masalah sering berlaku kat komputer ni memang banyak....sekarang admin listkan masalah yang paling hot dan sebab-sebabnya

INFO : RANKING TENTERA MALAYSIA 2013 GLOBAL FIREPOWER MILITARY

admin nak share ranking kekuatan tentera malaysia di dunia..sumber ni dapat dari global firepower military..


GEMPAK : 29 fakta tentera diraja malaysia

                              

PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang admin kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. admin harap adalaa pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

SERIUS : MISTERI PATUNG DI MUZIUM MANCHESTER BERPUSING SENDIRI


Setakat hari ni belum ada sebab musabab yang nyata lagi terang bagaimana patung ni boleh bergerak dgn sendiri 180 darjah memalingkan diri dari cermin pameran.

kereta kebal utama indonesia dan singapura #info

Kereta kebal utama kegunaan Malaysia ialah PT 91M Pendekar yang merupakan modifikasi kepada kereta kepada T-72 keluaran Russia. Sebantak 48 kereta kebal ini dibeli negara kita untuk kegunaan Tentera Darat. Negara jiran kita Singapura dan Indonesia pula memilih Leopard 2A4 Revolution bagi keperluan armor mereka. Singapura mempunyai 96 buah manakala Indonesia mempunyai 104 buah. Leopard 2A4 Revolution ialah Leopard 2A4 yang diberikan penaik tarafan elektronik dan sistem armor. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Tentera Darat Jerman mempunyai lebih dari 2000 Leopard 2A4. Ketika Perang Dingin Jerman dijadikan negara penampan bagi menghalang pencerobohan tentera Soviet ke Eropah Barat. Pihak NATO risau tentera Soviet yang pada ketika itu mempunyai puluhan ribu kereta kebal boleh menceroboh Eropah Barat dengan mudah. Make Leopard 2A4 dihasilkan secara pukal untuk kegunaan Jerman. 


Leopard 2A4 Revolution dilengkapi armor seramik komposit pada rudal,sisi , depan dan belakang baru yang mampu menahan serangan misil anti armor sepertiRPG7 dan 9M133 Kornet yang digunakan Soviet. Ini membuatkan berat Revolution bertambah dari 52 ke 61 tan. Ia masih menggunakan meriam utama Rheinmetall L/44sebesar 120 mm yang dianggap sebagai meriam kereta kebal terbaik dunia. 


Perbezaan utama Leopard 2A4 yang digunakan oleh Singapura dan Indonesia ialah Singapura menggunakan beberapa teknologi yang dibangunkan republik ini sendiri. Sungguhpun dari segi luaran ianya kelihatan lebih kurang sama, Leopard 2A4 Revolution milik Singapura diberikan nama baru Leopard 2SG.

           

          
       
      
  

Tuesday 25 June 2013

TUTORIAL : CARA NAK TINGKATKAN TRAFFIC BLOG YANG SERBA KURANG

                             

Traffic adalah sesuatu yang paling penting dalam sesebuah blog...haa tanpa traffic sesebuah blog itu mungkin akan menjadi suram dan tak bermakna...jadi hari ini admin just nak kongsikan bagaimana korang boleh menjana traffic ke blog korang sebanyak yang korang boleh lakukan.
Sebenarnya ada banyak cara untuk tingkatkan traffic ke blog korang tetapi hari ini admin just nak tekankan dua cara sahaja..so if you follow what i going to teach you i am sure you will get what i get...

Monday 24 June 2013

26 tahun tak pernah cuci rambut dicuci #info

Geli! tuulaa yang dapat admin nyatakan..hahaha...haa nama entry pun agak pelik kann....Apabila Rambut Tidak Dicuci Selama 26 Tahun....Setiap orang perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan diri....Orang yang kat  Malaysia ni pun perlu mandi sekurang-kuranya 2 hari sekali bagi memastikan badan sentiasa bersih. Percayakah korang bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak pernah mencuci rambutnya selama 26 tahun....26 TAHUN!!....Tetapi apabila orang kampung bertindak mencuci rambutnya, ternyata air basuhan tersebut tersangat kotor. Ish..dah macam minyak hitam...(takda laa sampai macam tuu)

                                   

Ceritanya macam nii laa.....Seorang lelaki berumur 80 tahun membuat keputusan untuk membasuh rambutnya buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun. Lelaki itu, Mr Luo berasal dari sebuah perkampungan kecil di bandar Chong Qing, China. Habis satu kampung dikerah Mr Luo untuk mencuci rambutnya itu. Sebanyak 3 paket serbuk pencuci digunakan dan memerlukan kira-kira 5 jam proses mencuci! Nampak tak betapa berkaratnya rambut Mr Luo ini???tapi kira okelah orang kampung prihatin nak basuh rambut ni kan...
                                 
                                     

pantang larang gout #info

1. Jangan minum jus buah dan vitaminC dalam jumlah yang besar karena kombinasi alopurinol dan vitamin c dosis besar dapat membuat urin lebih asam dan menyebabkan batu gnjal

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga,

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

45. Wajib dihindari:Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.

46. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).

47. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL),hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

48. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

49. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.

50. elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing

INFO : Hukuman mati yang paling ganas

Admin nak share hukuman mati yang paling ganas (rasanya laa) pernah berlaku di dunia ni.

Di masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang superb kejam. Seperti halnya yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan yang berkuasa ketika itu melaksanakan hukuman mati paling kejam.


Hukuman mati tersebut disebut Ling Chi. Hukuman ini dilakukan dengan mengikat terhukum pada sebuah tiang di depan umum, lalu bagian tubuhnya diiris satu per satu selama tiga hari. Terhukum akan merasakan sakit yang luar biasa kerana bahagian tubuhnya dipotong sedikit demi sedikit hingga mati dalam tiga hari.

Selama tiga hari tersebut terhukum akan merasakan penderitaan yang sangat berat akibat luka pada potongan potongan tubuhnya. Namun apabila dalam beberapa jam si terhukum sudah mati, maka si pertanda juga akan dihukum mati.

Begitu kejamnya hukuman ini membuat semua orang takut melakukan kejahatan. Namun tidak semua kejahatan boleh diterapkan Ling Chi. Ling Chi hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan berat seperti membunuh keluarga kerajaan.

Saat ini beberapa negara seperti di Eropah sudah menghapuskan hukuman mati dengan cara apapun. Namun sebahagian negara masih mengekalkan hukuman mati bagi penjenayah kelas atasan.


youtube

                        
                              

                        


sumber mata air zam zam #info


Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu.



Telaga zamzam sedalam 30 meter dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Terdapat beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter, selepas itu paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zamzam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara tertentu. 


Tahukah anda air zamzam dijual yang dibotolkan itu tidak lagi 100 % tulen, ia telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munasabah.


          

             


          

Pohon Gharqad, Pohon Yang Akan Melindungi Kaum Yahudi? #fakta


admin dapat ilmu untuk dikongsi bersama.

         


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana
sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Jawapannya sudah dijawab dalam hadis tentang pohon itu, iaitu pohon Gharqad itu adalah pohon orang Yahudi. Sehingga pokok itu akan melindungi mereka dari dikejar umat Islam.

Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami 'As-shaghir no. 7427)

Hadis di atas dari segi kekuatan sanadnya termasuk hadits shahih tanpa perbezaan pendapat. Dan termasuk dari tanda-tanda kenabian Rasulullah SAW yang berkaitan dengan mukjizat berkenaan peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan datang.

Namun ada yang perkara yang kurang kita sedari selama ini. Iaitu bahawa hadis ini baru terasa relevan di zaman sekarang ini saja. Sepanjang 14 abad lamanya, setiap orang yang membaca hadis ini di zamanya, akan sedikit berkerut kening. Mengapa?

Sebab di masa mereka hidup, sejarah Yahudi tidak seperti sekarang. Mereka belum lagi menjadi sebuah "negara" super power. Keangkuran Yahudi dengan negara Israelnya belum pernah berlaku sepanjang 14 abad lalu. Keberadaannya baru muncul di abad 20 ini atau abad 14 hijrah.

Orang Yahudi sepanjang sejarah Islam, selalu berada di bawah perlindungan negeri-negeri Islam. Komuniti Yahudi selalu dimusuhi oleh semua bangsa dan negara sepanjang sejarah. Orang Yahudi pernah diseksa oleh Nazi Jerman di zaman Hitler. Hampir tidak ada tempat untuk Yahudi kecuali di dalam negeria Islam. Mereka hidup aman semas tinggal di wilayah khilafah Islam, kerana undang-undang Islam melarang memerangi ahlu zimmah (kafir zimmi).

Salah satu penguasa yang anti Yahudi adalah Sepanyol Kristian. Ketika Sepanyol dikuasai rejim Katolik, bukan hanya umat Islam yang diusir, tetapi juga kalangan Yahudi. Tidak ada satu pun tanah di dunia ini yang mahu menampung bangsa ini, kecuali penguasa muslim Turki Uthmaniyah.

Maka selama 14 abad lalu, hadis ini cukup menghairankan umat Islam. Bagaimana mungkin umat Islam yang selama ini melindungi bangsa Yahudi serta mengharamkan darah mereka, lantaran mereka termasuk ahlu zimmah, tiba-tiba akan memerangi Yahudi sampai mati. Bahkan batu dan pohon akan memerintahkan umat Islam untuk membunuh mereka juga.

Teka-teki hadis ini baru terjawab pada tahun 1948, ketika masyarakat Yahudi dunia melakukan pencerobohan dan menjajah sebuah negera Islam merdeka, Palestin. Pada tahun 1967 semakin jelas lagi hadis ini, kerana ternyata komuniti Yahudi yang selama 14 abad hidup di bawah perlindungan, asuhan dan kerahiman umat Islam, tiba-tiba berubah menjadi serigala liar yang mengakibatkan perang Arab-Israel.

Barulah di masa sekarang ini hadis ini menjadi lebih bererti, setelah terbongkarnya misteri. Ternyata Yahudi yang selama ini hidup di bawah asuhan dan kasih sayang umat Islam, tiba-tiba menjadi makhluk buas pembunuh nyawa.

Dan menarik untuk diperhatikan, bahawa Yahudi sudah mempersiapkan apa yang mereka dapat di masa sekarang ini sejak sekian lama. Bahkan ada yang mengatakan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Konon terbentuknya negara-negara super power, penjajahan barat atas dunia timur, naiknya para pegawai masing-masing di negara kuasa besar, semua tidak terlepas dari sinario mereka. British di masa lalu dan Amerika di masa sekarang, tidak lain hanyalah alat yang disiapkan untuk mewujudkan cita-cita pembentukan Israel.

Kerana itu mustahil meminta Amerika untuk menekan Israel agar menghentikan serangan mereka ke negeri Islam. Adanya hak veto di PBB semakin membuktikan bahawa PBB pun termasuk bahagian dari alat yang dicipta oleh mereka.

Kepastian Kekalahan Yahudi

Selain misteri hadis ini di abad 14 hijrah, hadis ini sangat tegas menyebutkan kepastian kehancuran bangsa pengingkar Allah dan nabi ini. Bahkan pohon dan batu pun akan ikut membantu umat Islam dalam menumpaskan mereka.

Kerana itu, hadis ini juga menjadi penghibur derita, pelipur lara dan penjanaan harapan buat umat Islam yang sempat merasakan kebengisan Yahudi secara lebih nyata. Bahawasanya Israel yang bukan manusia itu pasti akan dikalahkan, mati kutu dan mati. Ini adalah sebuah kepastian, kerana yang berkata bukan sebarang orang. Yang berkata adalah seorang yang paling dekat kepada Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Yang menarik juga, di dalam hadis ini Rasulullah SAW menyebutkan sebuah nama pohon, iaitu Gharqad. Pohon ini milik Yahudi, sehingga kalau ada Yahudi sembunyi di baliknya dari kejaran umat Islam, pokok ini tidak akan berbicara. Sebaliknya, pokok ini akan melindungi Yahudi, kerana pokok ini milik mereka.

Dan mengapa pohon gharqad itu melindungi yahudi?

Benar bahawa semua benda itu ciptaan Allah. Seharusnya semuanya tunduk dan patuh kepada kehendak-Nya. Bukan hanya pohon, bahkan tanah, langit, bumi, dan semua kandungannya, tunduk kepada Allah, baik secara terpaksa mahupun secara sukarela.

Sebenarnya jin kafir atau Iblis sekalipun, juga makhluk ciptaan Allah. Kalau Allah kehendaki, boleh saja Iblis tidak kafir. Kalau Allah kehendaki, boleh saja tidak ada senario Iblis ingkar atas perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam alaihissalam.

Tapi yang kita tahu, semua itu adalah kehendak Allah SWT. Sehingga kita dapati Iblis melakukan tindakan kemungkaran yang dilarang, bahkan membangkang terhadap perintah Allah SWT. Kalau pakai logik anda, seharusnya Iblis tidak boleh membangkang, bukankah dia itu makhluk Allah?

Tetapi sekali lagi, kita beriman kepada Allah SWT dan juga kepada sifat-sifat-Nya. Dan salah satu sifat Allah SWT adalah berkehendak. Di antara kehendak-kehendak Allah itu, Allah SWT ternyata menghendaki Iblis membangkang. AKan tetapi bukan pada tempatnya untuk mempersoalkan Allah SWT atas setiap kehendaknya.

Dan itulah bezanya tuhan dan bukan tuhan. Tuhan itu berkehendak dan tidak perlu ditanya-tanyai latar belakang semua yang dikehendaki-Nya. Sebaliknya, hanya yang bukan tuhan saja yang boleh ditanya-tanyai kalau bertindak. Kalau kita melakukan dosa dan maksiat atau hal-hal lain yang tidak senonoh, maka kita akan disoal dan harus bertanggung-jawab, paling tidak nanti di akhirat.

Sedangkan tuhan, tidak perlu dan bukan dalam kedudukan untuk disoal siasat, mengapa melakukan ini dan mengapa melakukan itu. Sebab hakikat tuhan adalah mutlak, mutlak, tidak perlu menjelaskan apa yang dikehendaki-Nya.

Kembali ke pohon Gharqad, tentu saja bukan kafir. Sebab istilah kafir itu hanya berlaku untuk dua jenis makhluk saja, iaitu jin dan manusia. Selebihnya semua tunduk kepada apa yang Allah kehendaki.

Maka pohon Gharqad itu kalau kita lihat dari kacamata hakikat, sangat tunduk kepada Allah. Tunduk kepada senario dari Allah untuk menjadi pohon yang melindungi Yahudi di akhir zaman. Tetapi tidak perlu kita anggapkan sebagai pohon kafir.

Yang kafir itu hanyalah Yahudi, iaitu mereka ingkar dan membangkang dari ketentuan Allah SWT yang bersifat formal. Akhirnya nanti Yahudi akan masuk neraka semuanya dan tidak keluar lagi dari sana selamanya. Kecuali Yahudi yang bertaubat dan sempat masuk Islam, maka mereka adalah saudara kita.

gambar jerebu di johor #serius

Bacaan IPU di kawasan Muar mencatat bacaan 337 iaitu paras paling berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan. Menurut laporan yang disiarkan media, kira-kira 200 buah sekolah rendah dan menengah di Muar telah diberi arahan penutupan jika bacaan IPU melebihi 300*. Ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin meningkat dan melebihi 300* (bahaya), difahamkan penjualan penutup hidung dan mulut di beberapa kawasan di negeri itu meningkat sehingga 100 peratus apabila beberapa farmasi serta kedai ubat kehabisan stok. Punca jerebu dikatakan dari asap pembakaran hutan di Sumatra, indonesia.

           

Friday 21 June 2013

INFO : tips takkan papa kedana/takda duit

                            

Silakan Mencuba...Pasti Anda Akan Mengetahui Rahmat & Nikmatnya.

Admin nak kongsi satu cerita benar..admin dapat dari media siber.blogspot.com

 macam ni ceritanyaa..............

SERIUS : Kuala Lumpur top 10 bandar bahaya di dunia??

Time admin round-round kat google...tetiba jumpa satu artikel "10 bandar paling bahaya di dunia"...yang tuu tak kisah laa....tengok punya tengok..kuala lumpur top 10..pearrghh..serius admin lansung tak percaya...macam sahih jee..papehal jom baca....kena tanya yang lebih arif ni

Kuala Lumpur Tersenarai Dalam 10 Bandar Paling Berbahaya di dunia?

Menurut laporan laman web berkenaan, 10awesome.com, Kuala Lumpur berada ditangga ke-6 dalam senarai bandar berbahaya didunia. Laporan berkenaan mengaitkan dengan Kuala Lumpur sebagai bandar yang mencatatkan peningkatan kadar jenayah sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun terkini. Entah dari mana ler fakta yang laman penulis ini dapat.

penyakit yang diwarisi #info

Post kalini admin nak cerita pasal penyakit yang diwarisi keluarga....haah..sejarah keluarga memegang peranan penting dalam menentukan kesihatan seseorang....Misalnya jika dalam keluarga ada penyakit kanser, itu bererti kita atau anak-anak kita memiliki kemungkinan untuk mewarisi gen yang sama jugak...

Thursday 20 June 2013

INFO : Piring Astro menghadap kiblat??

percaya atau tak sebenarnya piring astro menghadap kiblat..
jom baca :)
                  
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu korang semua ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???..test tengok

TUTORIAL : PETUA ORANG DULU-DULU

1.cara nak halau lalat

1) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
2) Ambil ​secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
3) Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
4) Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
5) Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Wednesday 19 June 2013

cara nak cashout nuffnang #info

                           

haaa..admin nak tunjukkan cara nak buat cashout nuffnang...walaupun admin punya cash tak berapa sangat..
okey let's go!!

template mewah untuk blogger dan kelebihannya #info

assalamualaikum..entry harini pasal template mewah untuk pengguna blogger dan kelebihannya...info ni admin dapat dari giler hackers.com...
Pertama sekali, kenapa perlu template cantik cantik? Ok... disini admin nak kongsikan sedikit kelebihan pengguna blogspot berbanding wordpress,walaupun ramai pengguna wordpress mengatakan wordpress merupakan satu platform yang lebih baik berbanding blogspot.
 Kenapa perlu template cantik cantik? ok.. mari kami terangankan secara ringkas,tetapi ingat.. ini adalah pandangan peribadi admin laa.mungkin apa yang dikongsi dalam artikel ini lain dari pemikiran anda..
Fakta :
 1.Template yang cantik dan kemas boleh membuatkan pengunjung/pelawat blog anda selesa ketika melawat
2.Template yang nampak menarik dan kemas juga merupakan salah satu cara untuk permohonan adsence anda diluluskan, tak percaya? Sila check kat google.
 3.Template yang cantik dan kemas juga boleh menarik usahawan internet untuk mengiklankan produk mereka di blog anda (selain trafik yang tinggi dan stabil)

INFO : Virus trojan android paling merbahaya





zaman serba canggih...harini admin buat entry pasal virus handphone android yang paling sukar untuk dibuang...

 Firma keselamatan IT Kaspersky mendakwa telah menemui virus Android trojan yang paling canggih.

SERIUS : 5 cara penggodam menggodam laman web

harini admin nak cakap pasal "black hat hacker".....Kita sekarang di dalam teknologi dunia siber, kita mempunyai laman untuk manusia didiami dan dikuasai, mengikut kata-kata Ed Skoudis , penubuh Counter Hack Challenges
Skoudis memberitahu hadirin RSA Conference 2013  yang dia risau tentang sesetengah risiko terhadap tindakan pada internet. 
"It could have a cascading impact,"  kata beliau.

Tuesday 18 June 2013

INFO : lelaki berjaya tangkap alien betul ke??

hahahhaa...nampak agak palsu..mungkin betul-betul palsu..admin pun tak tau..tapi admin ada terbaca surat khabar haritu ada bagi tau lelaki ni cipta alien yang dikatakan "dijumpai" itu hasil inspirasi daripada filem PAUL arahan greg mattola

        

GEMPAK : Lukisan macam gambar macam lukisan

                      

                      

admin nak bagitau korang seorang pelukis paling ekstrim dari segi lukisan laa...memang gempak hd tahap beribu ribu "P"...Beliau ialah Roberto Bernardi (lahir 1974, Todi, Itali) adalah seorang artis yang berpangkalan di Todi. Dia diwakili oleh Bernarducci Gallery Meisel di New York City. Baru-baru ini, beliau telah mempunyai pameran solo di Muzium Hermitage.  Bernardi adalah pelukis Photorealist yang menjelajah pantulan dalam usia masih plat dan dapur, kaca, dan gula-gula.

INFO : Petua-petua terbaik



sebenarnya ada 1001 pertua-petua orang dulu-dulu..harini admin nak post entry pasal petua-petua yang boleh digunapakai

1.nak tau kualiti telur

Rendamkan telur ke dalam air lepastuu check...kalau

1) Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.
2) Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
3) Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
4) Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.

2.petua awet muda

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan...

3.petua berhenti merokok

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya...haaa sesungguhnya doa itu senjata bagi orang islam

4.petua nak turunkan darah tinggi

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah akan menurun.

5.Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?

cara nak menghadapinya ialah:

1) Kepal2kan nasi dan terus telan. 
2) Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik atau hospital...

6.petua hilangkan jerawat

Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam...Amalkannya setiap hari...

7.petua panjangkan bulu mata

- Basuh muka hingga bersih. Ambil tangkai daunsirih dancelupkan ke dalam lendir daunlidah buaya. Sapukan pada bulu mata. Amalkan setiap hari.

- Bakar tamar kering hingga hangus. Tumbuk hingga hancur danjadikan sebagai celak.

ikuti entry sambungan untuk petua ni..admin nak pergi cari lagi petua petua yang lain..:)