Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ni ada tutorial yang menarik.Iaitu tutorial OVERCLOCK pc/laptop.
Tutorial ni dibuat oleh Bro amirzaim di forum Gempak
Ok jom!
AMARAN: Proses ini hanya mampu dilakukan oleh golongan yang pakar terhadap hardware PC dan jika anda mahu melakukan proses ini pada kali pertama dalam hidup, sila bertanya kepada pakar-pakar hardware PC terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini. Anda juga dinasihatkan untuk backup data-data yang terpentting terlebih dahulu sebelum melakukannya.
"Overclock" didefinasikan sebagai proses untuk menukar kelajuan jam cpu supaya komputer dapat bekerja dengan cepat. Walaupun proses ini dapat meningkatkan prestasi pc anda, namun ia amat berisiko jika tidak dilakukan dengan cara berhati-hati. Ini kerana kaedah tetapan overclocking yang salah boleh menyebabkan masalah pada pc anda dan seterusnya mampu merosakkan cpu dan komponen pc yang lain. Proses overclock pada desktop jenis custom-built adalah lebih mudah berbanding proses ini dilakukan pada pc/laptop jenis OEM dan pc/laptop OEM biasanya tidak meletakkan fungsi overclock pada pc melainkan pc/laptop OEM yang dibina untuk permainan.
Jadi, aku akan terangkan bagaimana untuk overclock cpu laptop korang:
1. Apa yang korang perlu ialah muat turun beberapa perisian seperti CPU-Z untuk melihat informasi terhadap hardware dan juga setFSB, iaitu perisian untuk overclock cpu. korang boleh muat turun perisian ini dibawah dengan percuma:
setFSB homepage: http://www13.plala.or.jp/setfsb/
CPU-Z homepage: http://www.cpuid.com/softwares/cpu-z.html
2. Selepas muat turun, pasang kedua-dua perisian tersebut dan buka perisian CPU-Z untuk mengenalpasti spesifikasi cpu tersebut:

Ini adalah rajah bagi spesifikasi cpu dan juga kelajuan asal cpu.
2. Buka perisian setFSB. setFSB ada dua jenis, salah satunya adalah versi percuma dan satu lagi adalah versi berbayar dimana pengguna perlulah membayar sebanyak 800 yen kepada pembangun.
2. Buka perisian setFSB. setFSB ada dua jenis, salah satunya adalah versi percuma dan satu lagi adalah versi berbayar dimana pengguna perlulah membayar sebanyak 800 yen kepada pembangun.
Rajah 2: Ini adalah setFSB dan kelajuan fsb, ddr dll yang asal dan dibaca dengan betul dengan clock generator.
3. Part ni agak memeningkan sikit sebab anda kena cari clock generator/PLL yang sesuai bagi motherboard pc/laptop anda dan jika anda mahu mencari PLL/clock generator, anda perlu membuka bahagian pc/laptop dan seterusnya cari ic cip yang merupakan PLL/clock generator dan di situ ada nombor model bagi PLL/clock generator tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut lagi, search kat google. Jika anda menjumpai cip tersebut, salin nombor model dan cari senarai model dalam perisian setFSB. Jika terjumpa yang sesuai, baru boleh gunakan.
Jika anda juga malas nak bukak part pc/laptop tersebut, salah satu kaedah ialah trial and error dan jika pc anda berfungsi dengan baik selepas overclock, memang nasib baik. Cara ni memang meletihkan, sebab anda perlu cari mana PLL yang sesuai, cuma ada kaedah yang membuatkan anda dapat mengenalpasti clock generator pc dengan mudah:i. Pilih mana-mana PLL dalam senarai, dan tekan GetFSB. Adakalanya jenis PLL tidak serasi dengan motherboard anda yang menyebabkan keluar ralat seperti "PLL ID Error" dan "PLL Byte Error", baik jangan pilih.

ii. Jika anda pilih PLL dan tekan "Get FSB" tanpa sebarang masalah, cuba perhatikan kepada kelajuan FSB, DDR, PCI dsb dan anda perlu membuat perbandingan dengan cpu-z untuk memastikan PLL tersebut serasi sepenuhnya dan mampu memberikan bacaan kelajuan FSB, DLL asal yang tepat sama seperti yang ada dalam cpu-z.
Sebagai contoh, jika cpu-z merekodkan kelajuan FSB asal ialah 200Mhz ataupun yang paling hampir dengannya seperti 199.5Mhz, maka bacaaan FSB yang ada dalam setFSB sepatutnya adalah 200Mhz apabila anda memilih senarai PLL yang paling sesuai dan jika bacaan FSB dalam setFSB adalah terlalu jauh perbezaan dari bacaan kelajuan asal yang sebenar, maka PLL yang anda pilih tidak sesuai. Jadi, buatlah dengan berhati-hati ketika memilih.
4. Kemudian, untuk mengubahsuai kelajuan cpu, anda tidak digalakkan untuk menyeret terus butang lever kelajuan fsb (lever yang pertama atas dengan bacaan fsb,ddr) seperti dalam rajah 2 di atas, tetapi anda perlulah membuat peningkatan FSB cpu secara satu per satu seperti anda perlu meningkatkan kelajuan FSB dari 200 hingga 201 dan seterusnya klik "set FSB.
Jika PC anda masih berfungsi selepas proses ini dan juga ada peningkatan terhadap kelajuan cpu, maka, PLL yang anda pilih adalah paling sesuai dan jika pc anda mengalami masalah selepas proses tersebut, cepat-cepat tutup belakan kuasa dan buangkan bateri dan cuba untuk reboot balik PC anda. Ini bermakna PLL yang anda pilih tidak sesuai ataupun ada membuat tetapan dengan kadar yang terlalu tinggi.
6. Anda bolehlah menyemak perubahan kelajuan cpu tersebut dalam cpu-z dan di bawah ini adalah contoh tetapan baru untuk kelajuan cpu:
5. Jika PC anda berfungsi dengan baik selepas ini, anda boleh tambahkan lagi kelajuan cpu, tetapi perlu diingatkan bahawa anda JANGAN SESEKALI membuat tetapan peningkatan FSB yang amat tinggi dan ia boleh membahayakan sistem PC anda.
Rajah 3: setFSB dengan kelajuan cpu yang telah di-overclock
Rajah 4: Maklumat mengenai kelajuan cpu yang telah diubahsuai dalam cpu-z
7. Kaedah overclock cpu dengan software hanyalah sementara sahaja dimana kelajuan cpu tersebut akan kembali kepada asal apabila anda mematikan pc tersebut.
Nota: Jika anda mempunyai masalah dengan sesetengah program yang tidak boleh berfungsi dengan baik selepas proses overclocking, kurangkan kelajuan cpu yang telah di-overclock tadi ataupun reset semula kepada yang asal. Masalah seperti ni biasanya keluar BSOD yang amat panik giler, kecualilah anda menggunakan windows 8, BSOD keluar, terus restart!

Sumber : Forum Gempak! - amirzaim
No comments:
Post a Comment