Sunday, 30 June 2013

syarat nak jadi pegawai tentera darat diraja malaysia #info



SYARAT KELAYAKAN AM


Jantina:
Lelaki dan Wanita.

umur :
Tidak melebihi 27 tahun.

Fizikal:

Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).
Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

Kriteria Pemilihan.

Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memiliki kelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:

Kejuruteraan dan Arkitek.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian).

Pengurusan Dan Perniagaan.

Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian) Kajian Jenayah.

Sains Sosial Dan Kemanusiaan.

Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian).

Lain-Lain Jurusan.

Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian).
Ijazah Sarjana Muda Veterinar (Kepujian).
PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.
Pentauliahan.

Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.
Gaji.

Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.
KEPERLUAN DOKUMEN

Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.

Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.
Salinan Transkrip Akademik.
Salinan Sijil SPM/SPMV.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.
Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
Sekeping gambar berukuran pasport.
Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

sumber : http://army.mod.gov.my

2 comments:

  1. Kalau math spm saya hanya lulus tanpa kepujian boleh lepas ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau sains dan mate cemerlang tp BI hanya lulus boleh tk?

    ReplyDelete