Monday, 10 June 2013

INFO : Makanan tradisional nasi lemak

makanan tradisional nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang MalaysiaIndonesia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telurtimunikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada dagingayamsotongudang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir.
Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getahkelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.
Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.
Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak

Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasi lemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.


No comments:

Post a Comment