Friday 21 June 2013

SERIUS : Kuala Lumpur top 10 bandar bahaya di dunia??

Time admin round-round kat google...tetiba jumpa satu artikel "10 bandar paling bahaya di dunia"...yang tuu tak kisah laa....tengok punya tengok..kuala lumpur top 10..pearrghh..serius admin lansung tak percaya...macam sahih jee..papehal jom baca....kena tanya yang lebih arif ni

Kuala Lumpur Tersenarai Dalam 10 Bandar Paling Berbahaya di dunia?

Menurut laporan laman web berkenaan, 10awesome.com, Kuala Lumpur berada ditangga ke-6 dalam senarai bandar berbahaya didunia. Laporan berkenaan mengaitkan dengan Kuala Lumpur sebagai bandar yang mencatatkan peningkatan kadar jenayah sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun terkini. Entah dari mana ler fakta yang laman penulis ini dapat.

                                       
Antara bandar dan negara lain yang dipaparkan dalam senarai 10 Bandar Berbahaya Di Dunia adalah seperti berikut:

1.San Pedro Sula – Honduras
2.Ciudad Huarez – Mexico
3.Maceio, Brazil
4.Acapulco, Mexico
5.Sharm el Sheikh
6.Kuala Lumpur, Malaysia
7.Johannesburg, South Africa
8.Caracas, Venezuela
9.Marrakech, Morocco
10.New Orleans, U.S.A

Diharap ada penjelasan dari pihak berkenaan berhubung isu ini….. Info atau fakta sebegini boleh mencemarkan imej negara kita dimata dunia…tambahan di Negara jiran…..


PDRM Nafi Kuala Lumpur Antara 10 Bandar Paling Berbahaya Di Dunia | Oleh kerana tersebarnya sebuah laporan mengenai Kuala Lumpur antara 10 bandar paling berbahaya di dunia, ianya terus mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang terkejut dengan laporan berkenaan dan menyifatkan ianya satu tindakan yang cuba mencemarkan imej negara. Dengan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil untuk menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis. Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi. Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut. – Petikan Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

No comments:

Post a Comment