Thursday, 20 June 2013

TUTORIAL : PETUA ORANG DULU-DULU

1.cara nak halau lalat

1) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
2) Ambil ​secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
3) Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
4) Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
5) Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

2.bersihkan cermin

Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.
1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.
2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.
3.bibir merah
1)Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato.
2)Tumbuksedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan 3 kali seminggu.
3.hilangkan kesan gigitan nyamuk
Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.

4.hilangkan parut demam campak
1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.
2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

5.petua rambut beruban

Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari:
1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

6.petua mabuk kereta

1) Bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalaan.
2) Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan ubi tersebut mentah-mentah jika terasa loya dalam perjalanan.
3) Minum 3 sudu besar madu lebah asli dicampur bersama sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

4) Dapatkanbatang kangkung yang menjalar panjang, kemudian lilit dan ikat di pinggang semasa perjalanan.

7.petua mengatasi gout

1)Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

No comments:

Post a Comment