Saturday 8 June 2013

INFO : Kesalahan jenayah siber

Seperti yang korang dan nenek korang tahu menggodam laman web adalah satu kesalahan, dan dianggap sebagai satu jenayah. Akta Jenayah Komputer di Malaysia telah diluluskan di Parlimen pada Mac 1997 dan mula dikuat kuasa sejak 1 Jun 2000 lagi. denda yang dikenakan juga adalah berat jika tertangkap.
berikut merupakan jenis kesalahan dan denda bagi jenayah siber:

Akta Capaian tanpa Kuasa seksyen 3 akta jenayah 1997

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
 Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.
Denda:Tidak melebihi RM 50,000.00 ataupenjara 5 tahun ataukedua-duanya sekali


Capaian tanpa kuasa bgi melakukan kesalahan lanjut seksyen 3 akta jenayah 1997

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:
 Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan.
Denda:Tidak melebihi RM 150,000.00 ataupenjara 10 tahun ataukedua-duanya sekali


Pengubahsuaian tanpa kuasa seksyen 5 akta jenayah 1997
Ringkasan Diskripsi Kesalahan: Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer.
Denda:Tidak melebihi RM 100,000.00 ataupenjara 7 tahun atau kedua-duanya sekali

Komunikasi Salah seksyen 6 akta jenayah 1997


Ringkasan Diskripsi Kesalahan:- Bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan.- Perlakuan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai perlakuan mana-mana kesalahan
.Denda: Dipenjara untuk tempoh tidak melebihi satu perdua tempoh maksima yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Persuhabatan dan Percubaan seksyen 7 akta jenayah 1997

Ringkasan Diskripsi Kesalahan:Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam komputer di bawah kawalan disifatkan telah memperolehi capaian tanpa kuasa.
Denda:(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

P/s
kpd hacker2 sekalian... "Pelanduk selalu lupakan jerat... tpi Jerat xpernah lupakan Pelanduk"...

No comments:

Post a Comment