Monday, 10 June 2013

ELEMENT 3 KERJA KHUSUS SEJARAH TINGKATAN 3 TAJUK NASI LEMAK/MAKANAN

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

        Barangan buatan tempatan sepatutnya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.Kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ telah dilancarkan pada tahun 1998. Hal ini berikutan cita rasa penduduk di negara ini yang lebih sedia dan suka memilih barangan luarnegara. Sesetengah penduduk bukan sahaja mengagung-agungkan barangan luar negara,malah apa-apa sahaja yang datang dari luar memang menjadi pilihan mereka. Jadi, Kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ memang bertepatan dijalankan. Sepatutnya kempen itu telah lama dijalankan dan perlu terus dijalankan untuk mengubah persepsi rakyat dansemangat patriotisme terhadap barangan negara kita.Rakyat di negara kita tentu sekali mempunyai perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
. Rakyat yang membeli barangan buatan Malaysia pasti mempunyai perasaan tersebut memandangkan darah dan jiwanya seolah-olah mengalir membawa kepunyaan jenama Malaysia ini. Dalam hal ini, perasaan semangat setia pada Negara ini perlu ada di dalam jiwa kita. Kita akan cinta akan bangsa dan Negara.
    Dengan kejayaan barangan kita yang diguna pakai sendiri oleh rakyat di Malaysia. Adakah kita mengharapkan orang lain untuk menggunakan barangan Malaysia sedangkan rakyat Malaysia sendiri tidak mahu untuk menggunakan jenama barangan buatan tempatan ? Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasildan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari.
  Dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya . Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar.Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segikualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam masa yang sama kita dapat memupuk semangat cinta akan negara yang mampu menjadi benteng kukuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas produk ini mampu melahirkan suatu rupa bentuk  masyarakat yang bersatu padu dan sanggup berkorban mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.
   Kita sering disogokkan dengan maklumat rakyat Jepun dan Korea yang begitu kuat jati diri mereka tentang barangan negara mereka sendiri. Mereka sedia berkorban untuk bangsa dan Negara mereka sendiri. Semangat patriotisme mereka sangat tinggi . Dan sepatutnya rakyat di negara kita turut bersemangat berani seperti mereka yang kental dan sanggup menghadapi apa-apa jua cabaran demi Negara . Namun pada hari ini, di jalan-jalan raya, terdapat banyak kereta jenama Malaysia. Ini menunjukkan kita telah berjaya menggapai kejayaan tersebut dengan berganding bahu membangunkan negara kita bersama kaum-kaum yang lain. Rakyat telah bekerjasama dan tolong menolong dalam menjayakan projek kereta nasional ini. Jika dahulu kebanyakkan pendudukan di Negara kita mencemuh;
” nah, kita lihatlah hasilnya sendiri!”
   Perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri sangat penting untuk menjamin kejayaan penggunaan produk tempatan ini. Sampai bila-bilapun kita masih ditakuk lama, andainya kita tidak mempercayai kemampuan anak-anak tempatan dan barangan domestik. Puaslah pemimpin mencanang supaya menggunakan produk tempatan, tetapi ada segenlintir masyarakat sendiri bersikap menetang kemajuan tempatan ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar peka pada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara .




No comments:

Post a Comment