Tuesday 18 June 2013

INFO : apa itu nuffnang glitterati

nuffang glitterati????...apakahhhh.... apa itu nuffang glitterati?

Nuffang glitteri ni ialah ahli ekslusif nuffang....

Macam mana nak apply jadi nuffang glitterati?

1. blog yang mengguna hosting sendiri [self-hosted]. Blog yang free macam blogspot, wordpress [yang percuma] memang tak dapat laa....

2. Selalu update blog....

3. Tak boleh letak iklan lain kat blog seperti advertlets, innity ataupun apa-apa yang dipanggil ads selain nuffnang

Kalau korang penuhi ketiga-tiga syarat di atas maka dalam masa 4 hari selepas korang submit blog berdaftar korang, maka nuffang secara automatik akan mengangkat korang jadi "nuffanger" yang berstatus "glitterati".

Kelebihan dia ialah ;

1. Korang akan dibayar lebih setiap kali ada iklan berjalan-jalan kat blog korang. Berbanding ahli nuffang yang standart iaitu biasa

2. Korang boleh promote entry-entry baru kat ahli-ahli glitterati nuffanger yang lain menerusi laman innit. Juga salah satu cara utk tingkatkan trafik ke blog korang nii...

3. Boleh menyertai kempen advertorial. allaaa kempen iklan-iklan laaa..*kot... Korang dikehendaki promote product mengikut kehendak pengiklan. Korang "dibayar" tahu...dibayar..... Kadang-kadang leh dapat free stuff...

4. Boleh menyertai pelbagai peraduan dan aktiviti nuffang yang bersesuaian..

Namun korang perlu tunggu seberapa seketika untuk menerima masuk iklan-iklan dan job-job yang bersesuaian dengan blog korang tuuuu. Selalunya belog yang ramai visitor je yang selalu di pilih oleh pengiklan untuk mengiklankan product diorang....

Akan tetapi!!!!..haaa... status glitterati korang tuuu leh hilang kalau korang dengan sewenag-wenangnya apabila ;

- letak pengiklan lain dalam blog berdaftar...
- tak update blog untuk satu tempoh yang lama....lammaaa
- tiba-tiba blog korang kena pending sebab bandwith dah habis...hhaaisshh
- main tipu dengan klik iklan sendiri
- takpun korang suruh member-member korang klik iklan korang.. nuffang boleh kesan semua tuu weeiiii...

So elakkan berbuat demikian ya. Nak cari pendapatan tak salah. Tapi biarlah betul-betul berminat dengan tawaran iklan tuuu je baru klik. Kalau mereka tak ikhlas pun tak guna jugak kita suruh diorang klik tuuuu..


So sesiapa yang dah ada blog sendiri..register arr kat NUFFNANG sebab google adsense susah nak dapat macam admin..huuuuu

No comments:

Post a Comment