Wednesday 23 October 2013

GEMPAK : PENERBIT FILEM MENGHINA NABI DULU KINI MEMEGANG AGAMA ISLAM

  

Arnoud Van Doorn pernah menerbitkan filem yang menhina Rasulullah. Itu sejarah silam beliau. Kini beliau sudah memeluk Islam dan menunaikan Haji di Makkah pada 10 Zulhijjah yang lepas.


    Bekas anggota Parti Kebebasan, yang berhaluan kanan dan berfahaman anti-Islam di Belanda, Arnoud van Doorn, mengejutkan ramai pihak dengan mengumumkan dia telah memeluk Islam.

Mac tahun lalu ketika beliau mengumumkan telah memeluk Islam melalui twitter, ramai yang menyifatkan bahawa ia hanya satu gurauan.

"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah.

"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya.

Jadi siapa van doorn ni sebelum dia memeluk islam??

Haa..ni admin nak bagi tau..beliau adalah 
  • Bekas anggota kanan kumpulan bersikap perkauman iaitu Parti Bebas Geert Wilders di Belanda
  • Penerbit filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
  • Sebahagian daripada anggota produksi filem FITNA yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Sebelum memeluk Islam, rakyat Belanda ini telah melancarkan propaganda anti-Islam sejak bertahun-tahun lamanya. 

Arnoud berkata beliau telah menemui kedamaian dan ketenangan semasa menunaikan haji. Beliau melahirkan rasa kesal kerana terlibat dalam pengeluaran filem Fitna (hasutan) dan berkata beliau datang ke Makkah untuk menunaikan haji bagi mencuci dosa-dosanya.

“Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan memcuci dosa-dosa saya sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, sebagai tanda penyesalan, beliau akan menghasilkan sebuah filem baru yang akan menunjukkan intipati Islam yang sebenar dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

"Saya rasa malu berdiri di hadapan kubur Nabi Muhammad SAW. Saya teringatkan kesilapan besar yang saya telah buat dengan menghasilkan filem itu. Saya berharap Allah akan memaafkan saya dan menerima taubat saya," katanya.

“Terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam dan saya merasakan bahawa saya perlu menyiasatnya sendiri bagi mengetahui mengenainya kerana saya bukan jenis orang yang hanya mengikut membuta tuli tanpa kajian,’’ katanya ketika menceritakan detik-detik pengislamannya itu.

Antara koleksi gambar beliau di tanah suci:

  
  
  
  
  
  

Sumber : kl-bloggers

No comments:

Post a Comment