Saturday, 5 October 2013

SERIUS : PREDATOR BUAT LAPORAN POLIS??

          

Gempar sebelum ini kat page-page lawak mahupun yang tak lawak post gambar mengenai
‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.Jadi siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini? Haaaa...Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.

“Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor.” Demikian kata lelaki tersebut yang rupa-rupanya adalah Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator bernilai RM85,000 sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.
“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas. Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya dipetik Harian Metro.

 ps : Superbikers mestilah kena pakai pakaian rare masa bawak superbike
        
  

Sumber : fizgraphic


2 comments:

  1. Itu benneli tnt 600.. Bkn kawasaki z800.. Helmet tu je rare.. Baju tu biasa je.. Harga rm8.5k mb ade logic.. 85k skali motor kot.. Sb tgk moto tu dah bnyk tukar brg.. Anyway, nice ride..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan banelli bro..lu tak nampak ke lambang suzuki tuu??

      Delete