Monday 5 August 2013

GEMPAK : Antara kemalangan kereta Ferrari di dunia

kalau kereta Ferrari siapa nak bawak slow...paling kurang 220km/h...hahahhaa oke jom tengok

1.Ferrari Enzo, China


          

Macam-macam hal yang boleh berlaku di negara China.Dua buah kereta Ferrari mengalami kemalangan dan hancur berkecai. Kemalangan itu berlaku di Kilometer 10 utara Ansai, di Lebuh Raya Shaanxi Baomao.
Pada mulanya, keadaan di lebuh raya itu basah kerana hujan turun. Sebanyak 10 buah kereta Ferrari sedang konvoi bersama-sama melalui lebuh raya itu. Tetapi, dua kereta Ferrari dari kumpulan itu telah terbabas dan berlanggar antara satu sama lain.
Keadaan kedua-dua kereta itu hancur dan sebahagian enjinnya sudah tercabut dan tercampak di atas jalan raya.


          

          

2. Ferrari Scuderia F430, Belgium

           


Kalau dah hancur macam ni..macam mana pulak keadaan pemandunya..haa kalau korang nak tau kedua-dua orang pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian...tapi kalau tengok keadaan kereta pun korang dah tau dah macam mana pemandunya


           

           

            

3.Ferrari California , Malaysia,karak

Kejadian ini dilaporkan berlaku pada waktu petang di lebuh raya Karak. Sebuah kereta Ferrari bernombor pendaftaran Singapura telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.Kereta itu adalah satu daripada konvoi kereta Ferrari yang melalui lebuhraya Karak pada waktu itu. Jalan licin akibat hujan dikatakan punca kejadian.


            

Jadi berhati-hatilah dijalan raya..tambah lagi musim raya ni..banyak kereta kat highway..takkan lari kampung dikejar

            

No comments:

Post a Comment