Tuesday, 27 August 2013

GEMPAK : Sistem pengangkutan awam bas paling pantas di Brazil

           

Kebanyakkan bandar moden dunia kini mempunyai pengangkutan awam mereka yang tersendiri. Majoriti memilih untuk membina sistem rel yang mengambil masa untuk dibina dan menelan belanja yang tinggi. Di Malaysia sistem MRT fasa baru sedang dibina dan ia
mengakibatkan berlakunya kesesakan jalan raya. Di Curitiba, Brazil mereka menggunakan sistem Bus Rapid Transit. In fact.. sistem BRT ini dicipta di bandar ini oleh datuk bandar Curitiba Jaime Lerner pada tahun 1974. Melalui sistem BRT, bas berfungsi seperti sebuah kereta bawah tanah dengan laluan khas mereka sendiri. Setiap bas panjang yang diberi gelaran"accordian" BRT mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa. Stesen bas BRT berfungsi seperti stesen keretapi dengan sistem bayaran pada pintu masuk dengan akses kepada pengguna kerusi roda. Bas akan mengambil penumpang sekerap setiap 90 saat. Sistem ini jauh lebih murah dari membina sistem keretapi massa yang sedia ada. Sistem BRT kini digunakan di Bangalore, Panama, Buenos Aires dan Mexico City.

           
           
           

1 comment:

  1. dekat dlm tmpat tunggu bas ni ada kes ragut yg menyebabkan peragut tu mati dihentam bas apabila hendak lari. just for information, siapa dh tgok video tu pasti tahu. :)

    ReplyDelete