Thursday 15 August 2013

GEMPAK : Kapal perang terbesar jepun "destroyer" dan pesawat tempur berani mati sejak perang dunia ke-2

Izumo ialah kapal "pemusnah" (destroyer) terkini Angkatan Pertahanan Diri Laut Jepun (Japan Maritime Self Defence Force). Ia memang kelihatan seperti sebuah kapal pengangkut pesawat dan helikopter tetapi Jepun enggan mengaku ianya sebuah kapal pengangkut!! Ini adalah kerana mengikut perjanjian menyerah diri Jepun selepas Perang Dunia Kedua, Jepun TIDAK boleh mempunyai angkatan tenteranya sendiri.


 Kesemua senjata yang dimiliki JSDF adalah hanya cukup untuk pertahanan dan tidak boleh digunakan untuk melakukan serangan. Kapal "pemusnah" sepanjang 250 meter ini ialah kapal terbesar milik Jepun sejak berakhirnya WW2.

             

Jadi kenapa Jepun ingkar dan membina juga sebuah kapal pengangkut pesawat yang bila-bila masa boleh diubah menjadi platform menyerang musuh?? Well Jepun risau dengan China yang kini sedang giat membesarkan saiz armada tentera lautnya. China sudah pun mempunyai sebuah kapal pengangkut kapal terbang buatan tempatan dan kapal selam penyerang pantas berkuasa diesel. Jepun risau jika mereka tidak proaktif di masa hadapan mereka akan diserang oleh China seperti mereka menyerang China pada tahun 1937..

            

Mengapa PBB tidak melakukan sekatan terhadap Jepun sungguh pun kini jelas mereka melanggar penjanjian perang??? haa kalau korang nak tau Jepun ialah sekutu Amerika dan Barat. Diorang sendiri pun risau dengan China... 

Di akhir Perang Dunia Kedua tentera Jepun mencipta beberapa senjata kamikaze yang digunakan untuk menyerang tentera Amerika Syarikat. Mereka mencipta bot, kapal selam dan kapal terbang yang digunakan oleh pejuang berani mati mereka. Yokosuka MXY7 Ohka ialah pesawat pengebom berani mati berkuasa jet yang digunakan pada tahun 1945 sebagai langkah drastik Jepun untuk mengalahkan USA. Ohka (Bunga Sakura) dipandu oleh seorang juruterbang berani mati dan dilengkapi bom sebesar 1200 kilogram. Ia juga diperkasakan dengan tiga enjin roket yang mampu memberikan Ohka kelajuan maksimum 1040 kilometer sejam ketika menjunam. Lebih dari 800 Ohka dibina tetapi tidak kesemuanya digunakan oleh Jepun kerana kekurangan juruterbang dan pesawat pengebom yang mampu membawanya ke medan perang. Ianya juga sukar dikawal dan serangan ke atas armada USA tidak dapat dilakukan secara tepat. Oleh sebab itu Ohka diberikan gelaran Baka (Bodoh) oleh kelasi USA.

            
            



sumber : jalopnik

No comments:

Post a Comment