Friday 27 December 2013

SERAM : PATUNG ASAL CERITA CHUCKY "ROBERT THE DOLL"

             [Terror] El Muñeco Robert ( Robert The Doll)

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada pembaca blog Aku dan Pensel.Tajuk artikel untuk hari ini ialah Robert The Doll.Anda semua pernah atau tidak menonton cerita
CHUCKY?? Yaa..kalau anda semua ingin tahu sebenarnya, filem Chucky telah diilhamkan daripada sebuah anak patung sebenar yang dikenali sebagai Robert the doll. Ia merupakan sebuah anak patung yang dimiliki oleh seorang pelukis/penulis bernama Robert Eugene Otto. Ia diberikan kepada Otto pada tahun 1904 oleh seorang jururawat berbangsa Jamaica yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hitam dan voodoo ketika dia masih kecil. Ramai yang mengatakan mereka pernah nampak anak patung tersebut bergerak dari satu tingkap ke satu tingkap yang lain dan berbual dengan Otto dan memiliki tawa yang menyeramkan. Kini anak patung tersebut boleh ditemui di Muzium Fort East Martello di Key West. Ada yang mengatakan sekiranya anda mahu bergambar dengan Otto, anda perlu meminta izinnya terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak bersetuju (kepalanya akan bergerak ke satu arah), anda perlu teruskan perjalanan…. atau ia akan menyumpah keluarga anda!

                   horror
                   muñeco
                   terror
                             creepypasta

Sumber : taringa

No comments:

Post a Comment