Wednesday, 11 December 2013
WTF : LEBIH 1000 PENUNGGANG BASIKAL MATI DI LONDON
Kota London dipenuhi dengan penunggang basikal dan setiap tahun ratusan meninggal dunia
kerana digilis. Penunggang basikal di London sudah mencuba selama beberapa tahun supaya undang-undang jalan raya diubah bagi memastikan keselamatan mereka dijamin. Bulan November yang lalu 6 orang penunggang basikal mati digilis. Jumaat lalu seramai 1000 orang penunggang basikal"mati" secara beramai-ramai bagi memprotes kenyataan Datuk Bandar London Boris Johnson yang menyalahkan pemandu basikal sepenuhnya atas jumlah kematian yang tinggi. Demo mati beramai-ramai ini diadakan di hadapan ibu pejabat Transports of London. Mereka mendesak supaya undang-undang digubal bagi memastikan keselamatan mereka dan pembinaan lebih banyak lorong basikal yang menelan belanja GBP 600 Juta.
Sumber dari : penpatah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
firsst
ReplyDelete