Thursday 28 November 2013

GEMPAK : APLIKASI GPS PALING COOL MEMAPARKAN LALUAN MEMANDU DI CERMIN KERETA

     

Selalunya kita kerap kali menggunakan Waze ketika memandu kerana Waze dapat
memberikan laluan terpendek dan paling tidak sesak ketika waktu puncak. Masalah yang ada sekarang ialah kita tak ada pemegang telefon di dalam kereta. Kalau mahu beli aksesori ianya terlalu mahal.Jadi Hudway ialah aplikasi iPhone yang memancarkan sisten panduan GPS terus pada skrin kereta korang. Secara automatik korang dapat melihat laluan yang perlu dipandu tanpa perlu melihat pada skrin telefon pintar. Ini bukan sahaja lebih selamat tetapi ianya juga sangat cool. Teknologi paparan jalan Head Up Display seperti ini hanya terdapat di dalam sesetengah kereta buatan Volvo tetapi menggunakan sistem paparan khas mereka sendiri. Dengan Hudway yang anda perlukan hanyalah telefon pintar dan pelapik latex yang mampu menahan telefon pintar dari terjatuh apabila diletakkan di atas dashboard kereta. Buat masa ini Hudway hanya boleh dimuat turun oleh pengguna IOS dan ianya percuma...keluar kan android lagi bagus..tapi kelemahannya waktu pagi/siang..

         
         
         

Sumber : hudwayapp
       

No comments:

Post a Comment