Wednesday 13 November 2013

GEMPAK : DATUK BANDAR NORWICH SELAMATKAN SEEKOR KUCING YANG DIPANAH

        

NORWICH, Amerika Syarikat - Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini. Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu. 


Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuah agensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari. Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.

Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.
Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari. 

Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.


Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah. - Agensi
         
            
            
            

1 comment: