Hotel yang diberi nama “1888 Hotel” terletak di Pyrmont, Sydney, Australia dan nama hotel ini diberi berdasarkan tahun syarikat Kodak mengeluarkan kamera filem mereka.
Hotel ini dilengkapi sambungan wifi percuma pada semua ruangan bangunan dan iPad diletakkan di setiap bilik untuk kegunaan tetamu.
Hotel ini juga turut menyediakan tempat untuk pengunjung mengambil gaya “silfie” untuk dipaparkan pada “chick-in” mereka. Hotel ini juga turut memaparkan koleksi gambar dari instagram yang menarik dan kreatif.
Bagi yang mempunyai lebih dari 10,000 follower di instagram, mereka akan mendapat pakej satu malam percuma di hotel tersebut. Bagi pengunjung yang mengambil gambar yang menarik semasa menetap di hotel tersebut juga berpeluang mendapat pakej tersebut.
Harga untuk satu bilik adalah USD140(RM460) semalaman.
Sumber : penpatah
No comments:
Post a Comment