Wednesday, 27 November 2013

SERIUS : BOM YANG DIGUNAKAN OLEH ISRAEL UNTUK MENGEBOM PALESTINE



Telah banyak fakta diketahui bahawa Wilayah Gaza bagi Israel bagaikan medan ujikaji bermacam-macam bom terbaru buatan Israel yang meragut ramai nyawa penduduk Gaza. Israel yang disokong oleh negara sekutunya merasakan seolah-olah nyawa manusia seperti nyawa binatang boleh dibunuh sesuka hati dengan mengebom Wilayah Gaza di Palestin.


Tetapi para tentera Allah Mujahidin Palestin tidak diam begitu sahaja. Mereka membalas dengan melepaskan roket jarak jauhnya demi mempertahankan maruah tanah airnya yang sedang dijajah oleh Israel laknatullah ini. Adakah anda tahu senjata apakah yang digunakan oleh Israel untuk membunuh penduduk Gaza? Jom kita kenali senjata pembunuh Israel laknatullah ini, yang mana salah satunya darinya dilarang dalam perang antarabangsa:

1. Peluru Berpandu GBU-39


            

Peluru berpandu GBU-39 adalah peluru berpandu terbaru AS yang dibuat dalam bentuk bom-bom berdiameter kecil. AS mereka peluru berpandu tersebut dengan kos murah tapi tetap mempunyai tahap ketahanan yang tinggi dan daya hancur yang dahsyat. Misil jenis GBU-39 ini merupakan salah satu jenis bom di dunia yang paling tepat. Jenis GBU ini seberat 113 kilogram mempunyai kemampuan pemusnah yang sama dengan GBU dengan berat biasa 900 kilogram, walaupun bom jenis ini hanya mengandungi 22,7 kilogram bahan letupan, dengan panjangnya hanya 1,75 meter, membolehkan pesawat-pesawat pengebom membawa bom jenis ini dengan jumlah yang besar sehingga boleh menghancurkan lebih banyak sasaran dalam masa yang singkat.

2. Vacum Bomb



Vacum bomb yang boleh dijatuhkan dari udara dan ketika meletup mampu menyedut satu blok bangunan sepuluh tingkat ke dalam tanah hanya dalam beberapa saat, menghancur semua konkrit dan menguburkan seluruh penghuninya hidup-hidup. Bom jenis ini dikatakan sangat ampuh ketika menyerang dan mencari titik-titik persembunyian objek yang di cari, sama ada manusia atau sebaliknya. Pasti akan lenyap sekelip mata.

3. Fragmentation Bomb atau Cluster Bomb




Cluster bomb pada mulanya dilihat hanya satu bom tapi akan memecah menjadi ratusan bola-bola besi kecil bersaiz bola tenis dan meletus dengan jarak beratus-ratus meter persegi. Bom-bom kecil ini tidak akan meletup dan ianya ditanam dalam tanah. Jika seorang kanak-kanak kecil mengusik atau memainnya kerana disangkakan sebuah mainan, maka bom ini akan meletup dan membunuh atau merosakkan anggota badan anak tersebut. Bom ini biasanya sengaja dijatuhkan di lokasi padat penduduk seperti pasar atau sebuah penempat yang padat penduduknya. Bom ini juga mengandungi fosforus bomb yang bersifat membakar. “Zat fosfornya melekat di kulit, paru-paru, dan usus mangsa selama bertahun-tahun, terus membakar dan menghanguskan serta menyebabkan kesakitan berpanjangan.

4. White Phosporus




White phosporus dapat menghasilkan kebakaran dan asap. Fosforus putih dibuat dari allotrope unsur kimia fosforus. Fungsi utama dari bom fosforus adalah untuk menghasilkan asap perlindungan yang akan melindungi gerakan dan pandangan musuh. Fosforus putih atau White Phosporus (WP) dapat menghasilkan asap dengan cepat sambil meletup. Penggunaan WP ini dikenali umum dalam dunia ketenteraan, baik infantry, kereta kebal, meriam dan lain. Walau secanggih mana pun senjata musuh, tapi sebenar umat islam memiliki senjata yang paling ampuh di dunia ini iaitu “DOA”. Marilah sama-sama kita berdoa keselamatan saudara-saudara kita di Gaza dan diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi semua ini. Ya Allah hapuskanlah Yahudi Zionis Israel musuhMu ini… dengan berkat doa semua umat islam seluruh dunia… amin in shaa Allah.

sumber : penpatah


No comments:

Post a Comment