Wednesday, 20 November 2013

SERIUS : GAMBAR KEMALANGAN KAPAL TERBANG 737 DI KAZAN,RUSSIA

  

Jurucakap Agensi Penerbangsan Russia Sergei Izvolky berkata, pesawat Syarikat
Penerbangan Tatarstan itu terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat kali kedua di landasan berhampiran menara kawalan. Kementerian Kecemasan menyatakan, pesawat membawa 44 penumpang dan enam kru dari Moscow dan semua mangsa terbunuh. 

                  

Kazan ibu negeri Tatarstan memiliki 1.1 penduduk million dan berada 720 kilometer timur Moscow.


  
Kementerian menyiarkan senarai mangsa kemalangan itu, antaranya anak lelaki Gabenor Tatarstan, Irek Minnikhanov dan Pengarah Agensi Keselamatan Persekutuan Tatarstan yang menjadi pengganti agensi perisikan KGB, Alexander Antonov.
  
Beberapa kemalangan pesawat penerbangan Russia didakwa berpunca daripada penggunaan kapal terbang yang tua tapi pakar industri berkata, beberapa punca lain, termasuk kru yang tidak terlatih, lapangan terbang yang buruk, kecuaian kawalan kerajaan dan keselamatan demi mengejar keuntungan turut menjadi punca berlakunya insiden itu. 
  
  
  
  
  
  
  
Source : mirror

1 comment: