Moscow: Satu insiden serangan ganas bermotifkan perkauman dirakam kamera keselamatan kini tersebar di Internet dan menjadi perhatian ramai.Dalam kejadian itu, dua lelaki
bersenjatakan pistol menyerang seorang penumpang berkulit sawo matang dalam kereta api metro di Moscow.Warna kulitnya itu dipercayai menarik perhatian dua lelaki kulit putih ketika mereka sama-sama berada dalam tren bawah tanah di Moscow.Kedua-dua penyerang kemudian membelakangkan Latipov, tetapi masih terus mengancam mangsa dengan pistol hingga mereka beredar di stesen Nagornaya.Polis berkata, wajah dua penyerang dalam insiden 17 November itu sudah dirakam kamera keselamatan, tetapi identiti mereka belum dapat dipastikan. Pihak berkuasa kini giat memburu mereka. Latipov yang cedera parah dalam serangan itu bagaimanapun terselamat.Dia terpaksa menjalani pembedahan membuang peluru dari rahangnya, selain mengalami parut pada muka.Serangan itu berlaku kurang tiga bulan sebelum ribuan peminat Sukan Olimpik Musim Sejuk mengunjungi Russia untuk temasya sukan terbabit di Sochi. - Agensi
No comments:
Post a Comment