Ramai di antara kita yang banyak tips dan petua untuk control makan. Tapi mentaliti orang yang nak berdiet ni selalu sangat dikaitkan dengan pengurangan jumlah nasi dalam sehari. Memang lah nasi karbohidrat kompleks dan paling lambat terbakar even kita bersenam tapi tak makan nasik langsung bukan menjamin berat badan ideal.
Jangan kecewa lah kalau lepas sebulan diet tak makan nasik tapi berat tak berapa nak turun. Jom kita tengok apa yang kita percaya boleh turunkan berat badan tapi sebenarnya TIDAK!
1.Sup
Kepercayaan Kita: Makanan berasaskan sup ini elok untuk kesihatan dan mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sup kan? Sekadar air, small the pieces je lah…
Fakta: Bukan semua sup yang rendah kalori. Sup berasaskan binatang 4 kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini bahakan kesihatan walaupun kita seorang yang kurus melengking dan teringin nak naik kan berat.
2.Burger
Kepercayaan Kita: Jangan makan nasi, kalau makan nasi cepat gemuk. Tukar menu lain selain nasi untuk makan malam, macam burger ke. Tak pe, jangan risau, janji bukan nasi, gerenti awak tak gemuk punya!
Fakta: Tak payah tengok benda lain, cukuplah dengan daging burger tu je dah cukup. 1 keping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini adalah daripada lemak tepu (lemak sapi). Selalunya, daging burger ini digoreng dengan mentega/planta kalau beli di luar (mentega yang murah pon ada lemak tepu). Itu belum campur dengan mayonis, sos, keju, dan roti burger tu lagi, yang jugak dimasak dan disapu mentega.
Fakta: Tak payah tengok benda lain, cukuplah dengan daging burger tu je dah cukup. 1 keping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini adalah daripada lemak tepu (lemak sapi). Selalunya, daging burger ini digoreng dengan mentega/planta kalau beli di luar (mentega yang murah pon ada lemak tepu). Itu belum campur dengan mayonis, sos, keju, dan roti burger tu lagi, yang jugak dimasak dan disapu mentega.
3.Yong Tau Foo
Kepercayaan Kita: (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasik untuk makan malam, mesti boleh kurus punya. Makan something yang rebus-rebus macam Yong Tau Foo ke,ok lah tu kan…?
Fakta: Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak kat kuahnya yang tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (tapi bergantung lah kat resepi si penjual). Ada yang suka hirup hirup kuah Yong Tau Foo. Nikmat sangat katanya….
4.Twisties (Snek ringan)
Kepercayaan Kita: Alah, setakat satu pek besar Twisties tak ada apelah. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tengok TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!
Fakta: Satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal. Hampir separuh daripada total kalori yang kita kena ambil sehari.Dan jangan tak tahu, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Senang macam ni lah, satu pek besar Twisties ada kira-kira 20g lemak, jumlah tu sebenarnya lebih kurang sama dengan 2 sudu besar minyak masak. Secara logiknya, kalau makan sebungkus besar pek Twisties sama macam hirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Suka hati korang lah………
5.Capati
Kepercayaan Kita: Kalau nak diet jugak time makan kat mamak, baik makan capati, sebab capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, roti canai banyak minyak. Tak percaya? Cuba tengok kilau-kilau kat atas roti canai tu.
Fakta:Ramai yang tak tahu.Capati sebenarnya ‘pembohongan’ paling berjaya yang dibuat pemilik kedai mamak kepada mereka berkepercayaan begitu. Capati memang mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati guna minyak sapi (lemak tepu) selain mentega, kat situlah punca kalori tersembunyi yang ramai tak tahu. Kalau nak tahu, 1 keping capati (100g) mengandungi total kalori yang lebih kurang sama dengan 1 keping roti canai (100g), iaitu 300kcal.
Fakta fakta ni tak bermaksud makanan-makanan kat atas tak boleh nak makan langsung. Aku sekadar nak sedarkan kita bersama akan ‘pembohongan’ yang terdapat dalam makanan yang glamer kat negara kita, yang boleh kata makanan ‘must eat’ orang Malaysia. Nanti bolehla kita hadkan pengambilan makanan makanan ni. =)
No comments:
Post a Comment