Macam resipi rahsia KFC jugak, formula untuk membuat Coca-Cola juga hanya diketahui oleh dua orang executives syarikat mereka sahaja..Rare kan.. Tapi apa yang rahsianya? Bukan ke ingredients untuk membuat air berkarbonat tersebut ada ditulis atas botol? Ingredients yang ditulis ialah:
1. air berkarbonat
2. gula
3. warna karamel
4. kondisioner makanan dan pewarna yang dibenarkan (mengandungi kafein)..thats all
Jadi apa yang rahsianya??? Yang menjadi rahsia adalah natural flavouring yang tidak dinyatakan di situ dan terus menjadi rahsia sehingga sekarang... Syarikat Coca-Cola sangat menjaga rahsia itu dengan sangat ketat sehinggakan pada tahun 1977, Coca-Cola sanggup untuk menarik balik semua keluaran produknya dari India apabila kerajaan India mengarahkan syarikat minuman berkarbonat tersebut untuk menyenaraikan kesemua ingredients yang digunakan...peargghh sanggup rugi asalkan resipi turun temurun tak hilang..
Sejarah Penubuhan
Pada awalnya Coca-Cola yang dicipta oleh John Pemberton dijual sebagai ubat yang dipaten pada sekitar tahun 1886 di mana ketika itu kebanyakan rakyat Amerika menganggap minuman berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. John Pemberton mendakwa minuman yang dijualnya berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit seperti ketagihan morfin, dyspepsia, neurasthenia, sakit kepala dan mati pucuk.
Apabila mula dijual, ingredients utama Coca-Cola adalah kokain dan kafein. Kokain didapati daripada daun koka, manakala kafein pula dari kacang kola, di mana gabungan kedua-dua bahan tersebut mendapat nama "Coca-Cola". Namun sekarang tiada lagi kandungan kokain yang digunakan manakala kafein pula telah dikurangkan jumlah kandungannya.
Formula Rahsia
Berbalik semula kepada rahsia formula tersebut, dikhabarkan hanya dua orang executives dari syarikat Coke sahaja yang menyimpan formula asal.
Salinan formula asal tersebut pula disimpan di dalam Bank Sun Trust di Atlanta, Amerika. Untuk mengelakkan Bank Sun Trust daripada pecah amanah, syarikat Coca-Cola telah menyerahkan kira-kira 48.3 juta unit saham dan membenarkan executives dari setiap syarikat untuk menyandang jawatan di lembaga pengarah syarikat masing-masing.
Sama juga seperti KFC, syarikat Coca-Cola mewajibkan polisi di mana tidak membenarkan kedua-dua executives tersebut tidak dibenarkan untuk berada di dalam kereta atau kapal terbang yang sama dan beberapa polisi lain yang tak masuk akal semata-mata untuk mengelakkan daripada rahsia formula terlepas di tangan orang lain.
Rahsia Terbongkar
Namun terdapat juga beberapa pihak yang mendakwa telah menjumpai formula rahsia tersebut daripada salinan asal, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh syarikat Coca-Cola sendiri. Namun kalau pecah rahsia sekalipun, ianya tidak akan membawa apa-apa kesan kerana:
formula minuman tersebut sebenarnya pernah diubah banyak kali sejak tarikh ianya dicipta
sumber kejayaan Coke adalah terletak pada strategi pemasaran yang berkesan
paling penting sekali, Coca-Cola mendapat sumber utamanya dari ladang kokain. Disebabkan syarat-syarat ketat yang dikenakan kerajaan Amerika dalam hal mengimport tumbuhan kokain, hanya satu syarikat sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan tumbuhan tersebut, dan syarikat tersebut adalah Coca-Cola. Jadi jika sekalipun anda berjaya mencuri formula rahsia tersebut, ianya tetap tidak berguna kerana tanpa bahan utama, minuman tersebut tetap tidak dapat dihasilkan
Formula Rahsia Dipaparkan Kepada Orang Ramai
Namun baru-baru ini, syarikat Coke telah membuat keputusan untuk mengeluarkan formula asal yang ditulis sendiri oleh John Pamberton tersebut untuk dijadikan tatapan ramai di World of Coca-Cola Museum. Jadi dapatlah kita melihat formula rahsia yang disimpan ketat selama lebih seratus tahun tersebut???
Tidak juga, kerana walaupun ianya dipaparkan di hadapan orang ramai, yang dipaparkan hanyalah peti besi yang mengandungi formula tersebut di dalamnya. Jadi kalau kita ke sana, cuma dapat melihat peti besi sahajalah...hahaha tengok laa peti besi tuu sampai esok..memang tak dapat formula air tuu
No comments:
Post a Comment