Halden Prison, Penjara Paling Moden Dan Mantap Di Dunia.
Ni penjara ke rumah ?...YAAA!! Ini memang penjara di Norway yang dibina pada tahun 2010 iaitu dan diberi nama Halden Prison. Penjara ini kini mempunyai 250 orang banduan dan dikawal oleh 340 orang staf penjara. Apa yang menarik dalam penjara Halden ini adalah setiap sel banduan ini mempunyai satu peti sejuk dan sebuah TV. Selain itu, setiap banduan bebas untuk bergerak di dalam kawasan penjara yang seluas 30 hektar tanpa sebarang halangan dan dugaan. Banduan juga diberikan masa sebanyak 1.5 jam untuk menggunakan gim setiap hari.... Banduan di sini juga diberi gaji sebanyak RM30 setiap hari dan pada hujung minggu mereka dibenarkan untuk belanjakan duit itu di supermarket....Ini kerana banduan di sini juga dibenarkan untuk masak makanan sendiri... Banduan perlu masuk ke dalam sel mereka dari jam 8:30 pm sehingga 7:30 pagi sahaja. Setakat ini belum ada lagi sebarang serangan ke atas mana-mana staf dan mogok lapar...
No comments:
Post a Comment