Tuesday, 2 July 2013

kereta api tercute "tama densha" #info


Pada April 2006, Wakayama Electric Railway di Jepun telah menukarkan semua stesen Kishigawa Line kepada sistem automatik tanpa pemandu untuk menjimatkan kos. Dari stesen Kishi, Toshiko Koyama, seorang pemilik kedai runcit telah dilantik menjadi ketua stesen Kishi. Koyama telah memelihara seekor kucing yang bernama Tama dan memberinya makan bersama kucing liar yang lain di stesen tersebut.


Pada Januari 2007, pihak berkuasa syarikat keretapi telah melantik Tama menjadi ketua stesen kerana kucing itu selalu bermain di kawasan itu dan semua penumpang mengenali Tama. Tama mendapat makanan percuma dari syarikat keretapi tersebut. Kerana populariti Tama, penumpang keretapi meningkat 17%. Dengan pencapaian itu, Tama dinaikkan pangkat menjadi Operating Officer dan menjadi kucing pertama di dunia yang memegang pangkat executive bagi sesebuah syarikat.
Pada tahun 2009, Kishigawa Line telah mengumumkan keretapi baru yang diberi nama Tama Densha yang telah dihias dengan kartun Tama.Seekor pembantu juga dilantik bagi membantu Tama iaitu seekor kucing berwarna kuning putih yang dipanggil Chibi. 

      

      

      

the boss...siap ada p.a lagi..hahahahaha

No comments:

Post a Comment