Thursday, 4 July 2013

kisah pelik ketika pengganas sulu dibawa keluar #info



Sistem brek bas tidak berfungsi ketika membawa keluar pengganas Sulu yang ditahan di kawasan pertempuran di Kampung Tanduo serta menyaksikan pengganas yang tidak mati walaupun ditembak bertalu-talu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.


Berkongsi pengalaman dan kisah pelik dengan media, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lebih sebulan terbabit dalam Ops Daulat di Pantai Timur Sabah berkata, bas berkenaan disahkan sempurna bahagian teknikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membawa naik pengganas berkenaan.

Masalah mula dikesan selepas pengganas dibawa keluar menuju ke Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.

Seorang anggota JSJ yang enggan dikenali memberitahu dia mengesan perlakuan pelik beberapa pengganas terutama yang berumur lewat 60-an ketika membawa mereka ke balai polis sehingga pemandu bas sukar mengawal stereng selain bas menghadapi beberapa masalah teknikal.
“Saya berasa pelik melihat mulut mereka terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu sambil meludah ke lantai manakala sebahagian lagi menghantukkan kepala ke dinding berulang-kali dengan perlahan sambil menyanyikan sesuatu yang tidak kami fahami.

“Tidak lama selepas itu bas kami gagal dikawal seolah-olah ada satu kuasa ghaib yang mengendalikannya sehingga sistem brek bas gagal berfungsi dan memaksa pemandu merapatkan bas ke kiri jalan kawasan berbukit bagi mengelak kami terjunam ke kawasan gaung di kanan jalan,” katanya dipetik dari Berita Minggu.

Masalah brek berterusan walaupun kami menukar bas dan keadaan hanya kembali pulih apabila semua tahanan kemudian dibawa menaiki lori ke Balai Polis Cenderawasih.


Bagi Superintendan Fadil Marsus, yang juga antara ketua operasi JSJ dalam Op Daulat berkata, pengalaman memastikan kelancaran perjalanan siasatan kes dalam Op Daulat sangat berbeza dengan tugasan membanteras penjenayah seperti sebelum ini.

Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, tugas setiap pegawai dan anggota JSJ adalah sebagai pasukan sokongan untuk memastikan keadaan selamat ketika mengiringi tahanan pengganas Sulu ke mana-mana lokasi selain memastikan kelancaran operasi pemeriksaan pasukan forensik.

Bagi Sarjan Zumet Ibok, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, tugas mengiringi beberapa pemimpin tertinggi PDRM juga dianggap sebagai satu tugas mencabar sepanjang Op Daulat.

“Ini kerana semua orang-orang penting pasukan PDRM sentiasa menjadi sasaran musuh (pengganas Sulu) untuk dijadikan tebusan,” katanya.-agenda daily.com 

sumber : http://media-siber.blogspot.com

No comments:

Post a Comment